Webinar Kempen Internet Selamat - Lindungi Data Peribadi Anda
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2025, satu Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk Lindungi Data Peribadi Anda telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya pengguna internet yang berusia 13 tahun dan keatas tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam dunia digital yang semakin terdedah kepada ancaman siber.
Sepanjang webinar, peserta diberikan pendedahan mengenai jenis-jenis data peribadi, risiko penyalahgunaan maklumat, serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan seperti penggunaan kata laluan yang selamat, berhati-hati semasa berkongsi maklumat di media sosial, dan mengenal pasti laman web atau aplikasi mencurigakan. Program ini mendapat sambutan yang baik dan diharapkan dapat membantu masyarakat menjadi lebih peka terhadap keselamatan data serta mengamalkan etika penggunaan internet yang bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: